Yippi

Yippi adalah haiwan manjaan super Comi. Yippi nampak cemerkap, tapi ia haiwan manjaan super! Yippi mempunyai deria teknologi dan tinjauan unik yang tajam.




Comi

Comi ialah anak gadis yang tembam dengan rambut berwarna merah jambu. Dia ada seekor haiwan manjaan super itik kecil berwarna kuning bernama Yippi. Comi suka makanan manis dan menyebabkan giginya rosak. Namun, perkara ini tidak menghalangnya daripada ketawa! Dia suka mencari sahabat baru dan berkongsi kisah menyeronokkan Yippi bersama mereka. Comi sentiasa penuh dengan tenaga positif dan ceria. Ke mana saja dia pergi pasti dipenuhi dengan gelak ketawa!




T-Bao

T-Bao ialah budak lelaki yang pintar. Dia seperti ensiklopedia bergerak. Dia boleh buat apa saja. Dia suka membaca dan bermain alat muzik. Oleh kerana takut kesejukan, dia sentiasa memakai sut panda ke mana saja dia pergi.






Jumpy

Penguin kecil ini peminat tarian. Dia melompat ke sana sini apabila mendengar muzik! Dia fikir dia lahir untuk menjadi bintang. Dia penguin kecil yang sangat popular ke mana saja dia pergi.







Roty

Roty ialah arnab yang nakal. Dia suka mengusik rakan-rakannya. Tapi jika rakan-rakannya perlukan bantuan, dia tidak teragak-agak untuk membantu! Dia seekor arnab berwarna kuning yang suka berenang dan mengembara.





Puloo

Puloo ialah orang bunian merah jambu dari bandar langit. Oleh kerana takut kekurangan air, dia sentiasa membawa botol air bersama untuk kekal terhidrat. Dia periang dan sentiasa tersenyum. Puloo sayang semua hidupan di Bumi.





Hungry Bear


Hungry Bear ialah beruang putih yang gagah. Dia peminat makanan. Asalkan perutnya kenyang, dia akan gembira sepanjang hari! Dia suka berbual dan bersembang, dia tak suka berdiam diri. Sebaik saja mula bercakap, dia tak akan berhenti. Ada kalanya, dia bimbang orang merasakan dia menjengkelkan! Tapi dia suka bercakap! Jadi, dia menyertai perkhidmatan pelanggan untuk membantu orang menyelesaikan masalah! Dia sangat gembira dapat berbual dengan semua orang!

Sertai Yippi Sekarang
 
Muat turun Yippi dan nikmati aplikasi yang pantas, selamat, mudah dan percuma.